Friday, October 21, 2016

Fedex Badminton Team League

Semalam Jumaat kami telah mengadakan liga badminton. Liga ini akan diundi untuk memili pasangan.

Setiap minggu liga ini akan di jalankan, kecuali team ada persahabatan dengan team luar. Malam jumaat dari pukul 9.00 malam hingga 1.00 pagi liga berlangsung.


Pada hari ini 21 Oktober 2016, terdapat lima pasangan yang akan berentap.


Kepuasan bermain adalah sebahagian dari tujuan liga ini. Oleh itu, hadiah yang berbentuk wang menjadi rebutan. Ini akan membakar semangat pemain untuk bermain dengan berhati-hati dan dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah.


Relly yang panjang dalam permainan juga akan berlaku, di samping smash-smash kencang yang dapat dianggkat kembali. Mencapai kepuasan sesuatu permainan itu adalah kegembiraan kami.


Suatu yang terbaik bagi team ini, kami mempunyai ketua pasukan dan ahli yang  komited terhadap tugas masing-masing. Perancangan awal seperti pemilihan pemain dan keperluan akan disiapkan terlebih dahulu.


Wang kutipan bulanan dan wang yuran untuk pemenang juga disediakan untuk memudahkan perjalanan liga.


Sepanjang liga berlangsung, walaupun keringat diperah untuk bermain tetapi kami tidak lupa ketawa riang, bergurau senda dengan gelagat pemain.






No comments:

Post a Comment