Friday, October 21, 2016

One City Memories

Beberapa bulan yang lepas kakak ipar dan adik ipar ke Semananjung untuk bercuti. jadi beberapa tempat yang menarik kami lawati. salah satu tempat itu ialah One City Subang.


Siapa yang pernah pergi sana mesti gayat dengan lantai cermin. Beberapa gambar saya kongsikan untuk kenangan agar terpahat dalam alam maya ini kerana suatu hari nanti bila aku sudah tiada, gambar-gambar ini yang akan menceritakan keindahan tempat ini.





Nak ke sini tidak sukar kerana ia berdekatan dengan lebuh raya dan senang untuk melihatnya dari jarak jauh.


Kalau anda berada di Putrahaya, Shah Alam, Puchung atau Kuala Lumpur lebih mudah jika menggunakan pengangkutan Uber atau GrabCar.


Saya mencadangkan agar lawatan di sini dilakukan pada petang hingga ke malam sahaja. Kerana jika melawat pada waktu siang ia terlalu panas dan kurang selesa.



lawatan pada waktu malam, anda dapat melihat keindahan dekorasi lampu jalan yang indah dan lampu yang berwarna warni di sekitarnya.


Begitu juga dengan suasana trafik pada waktu malam yang dapat memberi gambaran pergerakan trafik disekitarnya kerana terdapat dua lebuh raya yang boleh di lihat dengan jelas ketika berada di laman teratas One City.



Terima kasih untuk family myWife dapat bersama-sama dalam likuan pengalaman ini. Buat anak-anaku, Abba sangat sayang kamu dan ambil ini sebagai memori terindah kita. Isteriku juga begitu, walaupun ada suramnya dalam perjalanan kehidupan ini, namun kebanyakkanya inda bersamamu.





Thanks to our big Family.




No comments:

Post a Comment