Friday, October 21, 2016

Apa Sudah Jadi Bola Sepak Sabah

Apa sudah jadi bola sepak Sabah?

Dulu tahun 90-an pasukan bola sepak Sabah merupakan pasukan yang digeruni lawan. Kini pasukan yang tidak bermaya. Pemain seperti Matlan Marjan, Mazlan Emoi, James Wong, Matusin Bowi nama yang tidak asing dalam bola sepak sabah.

Mengapa kini pasukan Sabah tidak seperti dulu? mau tunggu sampai tersingkir dalam liga FAM baru bertindak?

Perlawanan terakhir menentang UITM FC di tempat sendiri kalah. Kalau dibandingkan dengan kewangan Bola sepak Sabah dan UITM jauh lebih banyak. UITM hanya sebuah Kelab bola, Sabah pula sebuah persatuan yang dinaungi oleh Ketua Menteri.


Saya masih ingat bagaimana skuad SUKMA bola sepak Sabah 2012 yang menumpaskan Perak 3-0. Rata-rata pemain ini berusia 23 tahun ke-bawah. Kalau ikutkan umur mereka sekarang  dalam lingkungan umur 28. Aset ini yang sepatutnya digilap oleh persatuan. Tetapi mana perginya mereka ini?


Mengapa harus mengambil pemain import yang mahal kalau tidak dapat membantu persatuan. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk mencungkil bakat anak muda.


Persatuan perlu turun padang untuk melihat sendiri bakat di setiap pelusuk kampung. Lihat saja di bahagian parlimen Penasiangan, setiap kali ada pertandingan bola sepak, banyak anak muda akan turut serta. Mana perginya hala tuju mereka ini. Mereka mempunyai bakat, tetapi tiada sesiapa yang kembangkan. Hanya setakat jaguh kampung sahaja.


Turunlah! buat program mencungkil bakat anak muda. Saya percaya Sabah boleh maju dalam bolah sepak sekiranya ada program dari akar umbi.

No comments:

Post a Comment