Hari ini saya mau konsikan beberapa tips untuk menyimpan duit. Tips ini saya cedok dari pengalaman saya sendiri selama 3 tahun bekerja.
Saya graduate Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya september 2013. Belum Konvo lagi saya sudah bekerja. Sepanjang 3 tahun bekerja saya telah menyimpan lebih kurang RM40k.
Saya telah berkahwin dan sudah tentu perbelanjaan saya agak besar berbanding dengan simpanan saya. Tambahan pula dengan bayaran kereta, sewa rumah dan lain-lain.
Apabila gaji masuk, saya akan pastikan sewa rumah dan kereta perlu diutamakan dulu. Saya masti keluarkan duit untuk isteri saya setiap bulan RM500.00. Semua bil saya jelaskan seperti astro, elektrik, bayaran untuk anak-anak, dan air (buat masa ni bil air saya masih free duduk di Selangor).
Kalau ada pinjaman PTPTN perlu juga bayar. Saya bernasib baik sebab waktu belajar dulu saya ditawarkan biasiswa pada semester 2 tahun pertama. Saya hanya bayar pinjaman PTPTN 1 semister saja dalam lingkngan 4.5k. Saya bayar pinjaman pun tidak tetap, kadang2 bayar rm 50/bulan. Kalau ada lebih duit bayar 100/bulan.
lebihan duit gaji, saya buat dua tabungan. tabungan tu saya buat dua akaun pertama akuan untuk perbelanjaan keperluan satu lagi simpanan untuk simpanan. Simpana tu yang saya transfer ke ASB.
Simpanan kedau tu biasanya saya mesti tinggalkan sedikit wang untuk kecemasan. Ynag penting bagi saya, adalah disiplin dalam menyimpan dan perbelanjaan. Kalau nak pergi berbelanja tu, cukuplah beli barang untuk makanan dalam 2 hari atau 3 hari. Kalau beli barang untuk seminggu lebih membazir sebab ada makanan yang tidak sempat makan dan kena buang.
Saya sangat street dengan anak-anak saya. Kalau mereka nak beli sesuatu saya akan pastikan barang yang mereka beli beri manfaat dengan mereka. Misalnya permainan basikal, belon bancuhan air, mini taman yang pakai angin sesuai dengan mereka.
Isteri juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan harian kita. KAlau jenis isteri yang suka mekup, dressing cantik, wangian, makan malam hari-hari, dan sebagainya, sudah tentu belum sampai hujung bulan sudah pokai. Isteri saya bukanlah tergolong macam di atas, jadi dapatlah saya save duit simpanan.
Melalui ini la dapat saya menyimpan sehingga 40k dalam masa 3 tahun bekerja. Pesan saya kalau tidak berkeperluan janganlah keluarkan duit KWSP tu, biarlah dia beranak pinak. Kalau terdesak sangat boleh buat tapi biarlah berbaloi, nampak pulangan dia, macam nak buat rumah, bayaran pendidikan anak, bayaran pendahuluan rumah, dan pelaburan yang lebih menguntungkan.
No comments:
Post a Comment