Pada hari ini saya berbicara tentang Skim Sangkutan Latihan Sabah (SSL). Seperti yang anda semua tahu, SSL ini adalah satu skim yang membantu siswazah mencari pengalaman bekerja.
Mereka yang telah menamatkan pengajian dan belum mempunyai pekerjaan sangat digalakkan memohon. Ini adalah peluang untuk mencari pengalaman khususnya dalam sektor kerajaan.
Balik Kampung: Saya sempat melawat Batu Sumpah Peringatan di Keningau. |
Biasanya permohonan SSL akan dibuka pada penghujung tahun bulan Nov atau Dec dan keputusan permohonan akan dikeluarkan pada awal tahun bulan Jan atau Feb.
Walaupun saya telah bekerja, tetapi saya juga memohon sebanyak 2 kali, namun GAGAL. Tidak berputus asa setekat itu, saya cuba untuk menghubungi bahagian latihan Suruhanjaya perkhidmatan awam Sabah. Mereka telah menyuru saya untuk membuat rayuan. Dan akhirnya saya berjaya mendapat tawaran setelah ada yang lulus dalam permohonan tetapi menolak untuk mengikuti SSL ini.
Bilik tempat aku mencari rezeki #Fedex |
Malangnya, saya juga tidak dapat menyertai Skim ini kerana punyai masalah perbadi. Pada tahun berikutnya 2018 saya sekali lagi mengisi SSL ini. Keputusan juga GAGAL. Sekali lagi saya mengikuti prosodure sebelum ini. Sebelum terlambat, saya akan menulis surat kepada Suruhanjaya perkhidmatan awam untuk rayuan mengikuti skim ini.
Sekiranya saya berjaya dalam rayuan saya, saya perlu berfikir dan membuat beberapa tinjauan berkaitan dengan masa depan mereka yang pernah terlibat dalam SSL ini.
Saya berada di KK sebelum berlepas balik Semananjung |
Tujuan saya mengikuti SSL ini adalah untuk memantapkan lagi pengalaman saya dalam pekerjaan khususnya dalam sektor kerajaan. Ini kerana saya hanya mempunyai pengalaman dalam sektor swasta. Ia juga akan memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan dalam sektor awam di Sabah setelah sekian lama saya bergelumbang di tanah semananjung. Saya punya masa 3 tahun dalam pengajian di UM dan 5 Tahun dalam sektor swasta di Shah Alam. Kini tiba masanya saya balik kampung dn cukup untuk itu pengalaman saya berada di sini.
Saya dan Isteri, Bergambar di perkarangan rumah di Kg. Kilo Lanas Sook. |
Beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya? Selepas SSL apakah kita diberi peluang untuk jawatan kosong di sektor awam Sabah. Selepas SSL, di manakah ara tuju kita. Sekiranya kita cemerlang dalam skim ini, adakah kita diberikan peluang untuk terus berkhidmat. Persoalan ini boleh dirungaikan oleh mereka yang berjaya dalam SSL.
Kepada mereka yang berpengalaman dalam SSL ini untuk ceritakan pengalaman anda dalam ruangan comment.
Sekian.
Luke,
Anak Pendalaman
Anak Kampung
Sang Perantau
Beberapa kali kali memohon, tetapi gagal. Saya tidak tahu pula, kita boleh membuat rayuan.
ReplyDeleteYa, boleh buat rayuan tu, kalau ada yang menolak nanti dia panggil kita.
ReplyDeleteBos tolong ya info dkat mana utk mmbuat rayuan dan bagaimana prosedurnya....saya plajar tahun akhir dan tngah membuat intern....saya cadang utk mngikuti ssl setelah tamat intern nanti
DeleteBoleh saya tahu dekat mana untuk membuat rayuan ya
ReplyDeleteMacammana buat rayuan?
ReplyDeletemcm mna nk buat rayuan? huhu. sedih ni sbb tk dpt
ReplyDelete