Good Day,
Selamat Sejahtera semua,
Bangun pagi hantar anak ke sekolah. Sebelum sampai ke sekolah beli kuih untuk bekalan anak dan serapan keluarga di rumah.
Sampai di rumah, sarapan pagi kemudian bersiap untuk pergi kerja. Sekitar pukul 9 am sampai ofice. Kemudian prapare untuk memulakan kerja. sehinggalah ke lewat petang baru balik ke rumah.
Inilah rutin harian saya sepanjang tiga tahun bekerja dengan Fedex. Pada kebiasaannya, isteri akan hantar anak ke sekolah. Pada hari ini saja saya hantar anak ke sekolah sebab kereta diblock oleh jiran. Jadi saya menghantar anak ke sekloah menggunakan motor kapcai.
Dalam kehidupan ini, pelbagai perkara yang kita lalui. Ada yang baik dan ada juga yang tidak menyenangkan. Selalunya sihat kadang-kadang kita jatuh sakit.
Tapi kita tidak selalunya hidup bahagia kalau kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kadang-kadang kita akan berasa lemah dan tidak bersemangat kerana melihat orang lain lebih dari segi kekayaan, kebahagiaan, kerjaya dan sebagainya.
Antara faktor yang mendorong kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain ialah faktor media sosial seperti facebook, whatapps, wechat dan sebagainya. Mereka memperlihatkan gambar atau tulisan yang seolah-olah mereka ini tengah bahagia atau seronok.
Fahamilah bahawa, perbandingan ini tidak membawa erti dalam kehidupan kita, melainkan perbandingan ini memberi pembakar semangat anda untuk berjaya.
Lihat bagaimana Dato Alif Syukri pengasas DHerbs, beliau berusaha sehingga menjadi jutawan kosmetik. Saya juga cukup kagum dengan Dato Kamarulzaman iaitu pengasas Jutawan Produk, terlalu ramai beliau bimbing untuk menjadi pengasas produk. Begitu juga dengan Safey Ilyas yang berjaya dalam perniagaan beliau.
Bercita-citalah menjadi seperti mereka ini. Berfikirlah bagaimana untuk menjadi majikan sendiri dalam masa 10 tahun lagi. Wujudkanlah sebuah empayar yang memberi manfaat kepada orang lain. Dan inilah cita-cita aku pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment