Semalam Jumaat kami telah mengadakan liga badminton. Liga ini akan diundi untuk memili pasangan.
Setiap minggu liga ini akan di jalankan, kecuali team ada persahabatan dengan team luar. Malam jumaat dari pukul 9.00 malam hingga 1.00 pagi liga berlangsung.
Pada hari ini 21 Oktober 2016, terdapat lima pasangan yang akan berentap.
Kepuasan bermain adalah sebahagian dari tujuan liga ini. Oleh itu, hadiah yang berbentuk wang menjadi rebutan. Ini akan membakar semangat pemain untuk bermain dengan berhati-hati dan dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah.
Relly yang panjang dalam permainan juga akan berlaku, di samping smash-smash kencang yang dapat dianggkat kembali. Mencapai kepuasan sesuatu permainan itu adalah kegembiraan kami.
Suatu yang terbaik bagi team ini, kami mempunyai ketua pasukan dan ahli yang komited terhadap tugas masing-masing. Perancangan awal seperti pemilihan pemain dan keperluan akan disiapkan terlebih dahulu.
Wang kutipan bulanan dan wang yuran untuk pemenang juga disediakan untuk memudahkan perjalanan liga.
Sepanjang liga berlangsung, walaupun keringat diperah untuk bermain tetapi kami tidak lupa ketawa riang, bergurau senda dengan gelagat pemain.
"Tidak ada jalan keluar yang dipakai untuk menghindarkan diri dari sesuatu, kecuali berfikir” “Thomas Alva Edison
Friday, October 21, 2016
Apa Sudah Jadi Bola Sepak Sabah
Apa sudah jadi bola sepak Sabah?
Dulu tahun 90-an pasukan bola sepak Sabah merupakan pasukan yang digeruni lawan. Kini pasukan yang tidak bermaya. Pemain seperti Matlan Marjan, Mazlan Emoi, James Wong, Matusin Bowi nama yang tidak asing dalam bola sepak sabah.
Mengapa kini pasukan Sabah tidak seperti dulu? mau tunggu sampai tersingkir dalam liga FAM baru bertindak?
Perlawanan terakhir menentang UITM FC di tempat sendiri kalah. Kalau dibandingkan dengan kewangan Bola sepak Sabah dan UITM jauh lebih banyak. UITM hanya sebuah Kelab bola, Sabah pula sebuah persatuan yang dinaungi oleh Ketua Menteri.
Saya masih ingat bagaimana skuad SUKMA bola sepak Sabah 2012 yang menumpaskan Perak 3-0. Rata-rata pemain ini berusia 23 tahun ke-bawah. Kalau ikutkan umur mereka sekarang dalam lingkungan umur 28. Aset ini yang sepatutnya digilap oleh persatuan. Tetapi mana perginya mereka ini?
Mengapa harus mengambil pemain import yang mahal kalau tidak dapat membantu persatuan. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk mencungkil bakat anak muda.
Persatuan perlu turun padang untuk melihat sendiri bakat di setiap pelusuk kampung. Lihat saja di bahagian parlimen Penasiangan, setiap kali ada pertandingan bola sepak, banyak anak muda akan turut serta. Mana perginya hala tuju mereka ini. Mereka mempunyai bakat, tetapi tiada sesiapa yang kembangkan. Hanya setakat jaguh kampung sahaja.
Turunlah! buat program mencungkil bakat anak muda. Saya percaya Sabah boleh maju dalam bolah sepak sekiranya ada program dari akar umbi.

One City Memories
Beberapa bulan yang lepas kakak ipar dan adik ipar ke Semananjung untuk bercuti. jadi beberapa tempat yang menarik kami lawati. salah satu tempat itu ialah One City Subang.
Nak ke sini tidak sukar kerana ia berdekatan dengan lebuh raya dan senang untuk melihatnya dari jarak jauh.
Kalau anda berada di Putrahaya, Shah Alam, Puchung atau Kuala Lumpur lebih mudah jika menggunakan pengangkutan Uber atau GrabCar.
Saya mencadangkan agar lawatan di sini dilakukan pada petang hingga ke malam sahaja. Kerana jika melawat pada waktu siang ia terlalu panas dan kurang selesa.
lawatan pada waktu malam, anda dapat melihat keindahan dekorasi lampu jalan yang indah dan lampu yang berwarna warni di sekitarnya.
Begitu juga dengan suasana trafik pada waktu malam yang dapat memberi gambaran pergerakan trafik disekitarnya kerana terdapat dua lebuh raya yang boleh di lihat dengan jelas ketika berada di laman teratas One City.
Terima kasih untuk family myWife dapat bersama-sama dalam likuan pengalaman ini. Buat anak-anaku, Abba sangat sayang kamu dan ambil ini sebagai memori terindah kita. Isteriku juga begitu, walaupun ada suramnya dalam perjalanan kehidupan ini, namun kebanyakkanya inda bersamamu.
Thanks to our big Family.
Siapa yang pernah pergi sana mesti gayat dengan lantai cermin. Beberapa gambar saya kongsikan untuk kenangan agar terpahat dalam alam maya ini kerana suatu hari nanti bila aku sudah tiada, gambar-gambar ini yang akan menceritakan keindahan tempat ini.
Nak ke sini tidak sukar kerana ia berdekatan dengan lebuh raya dan senang untuk melihatnya dari jarak jauh.
Kalau anda berada di Putrahaya, Shah Alam, Puchung atau Kuala Lumpur lebih mudah jika menggunakan pengangkutan Uber atau GrabCar.
Saya mencadangkan agar lawatan di sini dilakukan pada petang hingga ke malam sahaja. Kerana jika melawat pada waktu siang ia terlalu panas dan kurang selesa.
lawatan pada waktu malam, anda dapat melihat keindahan dekorasi lampu jalan yang indah dan lampu yang berwarna warni di sekitarnya.
Begitu juga dengan suasana trafik pada waktu malam yang dapat memberi gambaran pergerakan trafik disekitarnya kerana terdapat dua lebuh raya yang boleh di lihat dengan jelas ketika berada di laman teratas One City.
Terima kasih untuk family myWife dapat bersama-sama dalam likuan pengalaman ini. Buat anak-anaku, Abba sangat sayang kamu dan ambil ini sebagai memori terindah kita. Isteriku juga begitu, walaupun ada suramnya dalam perjalanan kehidupan ini, namun kebanyakkanya inda bersamamu.
Thanks to our big Family.
Thursday, October 20, 2016
Coretan Buat Family Suri Hatiku
Good Day,
Hari ini terasa rajin pula menulis. Banyak perkara perlu ditulis
sebelum dijemput Pencipta kita.
Coretan ini buat family curi hatiku. Jangau kau fikir pula suri hati mr pailot tu.
coretan ini tidak sama sekali berkaitan dengan cerita tu.
beberapa bulan yang lalu, family suri hatiku iaitu kakak dan adiknya bertandang ke rumah.
saya telah bercadang untuk pergi ke beberapa tarikan utama di semananjung.
Salah satu tempat yang dilawati ialah Cameron highland.
Dalam perjalanan ke Cameron Highland terdapat air terjun yang indah. Kami sempat untuk singah sebelum meneruskan perjalanan.
Di sini kami sempat melawat ladang teh. Tempat ini sangat menarik untuk bergambar kerana kehijauan alam semula jadinya.
Tempat ini sejuk dan nyaman sesuai untuk mereka yang mahu bercuti jauh dari bunyi bising seperti di kota.
Semoga pengalaman memberi makna kepada kalian. Ada rezeki dapat bertemu semula
di tempat ini.

Berganbar di air terjun sebelum sampai ke Cameron Highland |
Dalam perjalanan ke Cameron Highland terdapat air terjun yang indah. Kami sempat untuk singah sebelum meneruskan perjalanan.
Cameron Highland. Bergambar ketika hujan |
Di sini kami sempat melawat ladang teh. Tempat ini sangat menarik untuk bergambar kerana kehijauan alam semula jadinya.
Ladang Teh |
Tempat ini sejuk dan nyaman sesuai untuk mereka yang mahu bercuti jauh dari bunyi bising seperti di kota.
Takstur tanaman teh yang menarik |
Semoga pengalaman memberi makna kepada kalian. Ada rezeki dapat bertemu semula
di tempat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)