Thursday, June 25, 2020

CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI DAN SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN

1. Belacan - 100g

2. Gula Molases/ Gula merah - 100g

3. Air tanpa klorin  (Air hujan, air perigi, air tapisan)- 500ml

*Kuantiti ini jika cili ditanam banyak


CARA BUAT

1. Rendam belacan dalam gelas berisi air 500ml. kacau sehingga lumat

2. Masukkan gula merah/molases. kacau sehingga sebati

3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut

4. Peram selama sebulan

5. Selepas diperam kacau dan tapis. ambil pati penggalak tersebut

CARA PENGGUNAAN

1. campurkan 10ml pati penggalak +2L air biasa

2. Sembur daun, batang, dan tanahwaktu pagi sekitar 7am-10am

3. Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.



Ilmu perlu dikongsikan dan dimanfaatkan

No comments:

Post a Comment