Thursday, June 25, 2020

CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI DAN SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN

1. Belacan - 100g

2. Gula Molases/ Gula merah - 100g

3. Air tanpa klorin  (Air hujan, air perigi, air tapisan)- 500ml

*Kuantiti ini jika cili ditanam banyak


CARA BUAT

1. Rendam belacan dalam gelas berisi air 500ml. kacau sehingga lumat

2. Masukkan gula merah/molases. kacau sehingga sebati

3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut

4. Peram selama sebulan

5. Selepas diperam kacau dan tapis. ambil pati penggalak tersebut

CARA PENGGUNAAN

1. campurkan 10ml pati penggalak +2L air biasa

2. Sembur daun, batang, dan tanahwaktu pagi sekitar 7am-10am

3. Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.



Ilmu perlu dikongsikan dan dimanfaatkan

Tuesday, June 23, 2020

NENAS MD 2. CARA BUAT RACUN ORGENIK HALAU PEROSAK

NENAS MD 2 



NENAS MD 2 YANG DIUSAHAKAN UNTUK MENDAPATKAN SULUR 



Pada peringkat permulaan saya telah membeli sulur/benih nenas MD2 sebanyak 50 unit yang berharga RM 3/unit. Dibeli daripada Kota Belud.

Profil:

Nama Tanaman: Nenas MD 2
Jumlah: 50 sulur
Keluasan 15x 8 kaki
Tarikh Tanam: 23 Jun 2020
Jangkaan Hasil: April 2021
Lokasi: Kg. Kilo, Lanas



Racun orgenik sebenarnya dapat dibuat sendiri dari rumah / DIY sendiri dari rumah. Ini dapat menjimatkan wang.

Ini cara-cara untuk membikin racun orgenik.

BAHAN A
1. Bawang putih 1 labu
2. Cili padi 6 biji
3. Air sebanyak 500 ml

*Tapis bahan A dan ambil patinya-Hempas dibuang pada pangkal pokok sebagai baja
*Kisar dan simpan selama 24 jam/ 1 hari. (simpan di peti ais)


BAHAN B
1. Minyak masak 1 sudu makan
2. Sabun pencuci tangan 1 sudu teh

*Masukan Bahan A dan Bahan B dalam satu mangkuk, kemudian tapis menggunakan penapis.

*Boleh digunakan 100 ml + 1.5 leter air


Semoga tips ini dapat membantu kita untuk terus berkarya dalam pertanian. Pertanian adalah perniagaan


Saturday, June 13, 2020

KELAPA PENDEK BERBUAH 2 TAHUN 6 BULAN

1. Kelapa pendek akan berbuah dalam masa dua tahun setengah sekiranya dijaga dengan baik.

2. Pembajaan dan pemebrsihan perlu dilakukan agar ia dapat mengeluarkan hasil dengan lebih cepat dan mempunyai buah yang lebat.

3. Oleh itu, saya telah menanam pokok kelapa yang dibeli oleh bapa saya dengan harga RM 25.00/1

4. Pada hari ini 13.6.2020 saya telah menanam kelapa pendek ini di halaman rumah. Maka 3 bulan dari sekarang saya akan membaja pokok ini

5. Selain pokok kelapa, saya juga menanam nenas sebagai permulaan dan untuk belajar bagaimana untuk menjaga nenas ini

NENAS DITANAM APRIL 2020

NENAS DITANAM APRIL 2020

NENAS DITANAM APRIL 2020

NENAS DITANAM APRIL 2020

BUAH LEMAK (AVACADO) DITANAM MAC 2020

KELAPA PENDEK DITANAM 13 JUN 2020

KELAPA PENDEK DITANAM 13 JUN 2020

KELAPA PENDEK DITANAM 13 JUN 2020

KELAPA PENDEK DITANAM 13 JUN 2020

JAGUNG KAMPUNG DITANAM APRIL 2020