Thursday, February 1, 2018

Rumah Pertama Saya

Rumah sendiri! Kini frasa ini yang paling gerun didengari oleh masyarakat pada masa kini. Apa tidaknya, rumah sekarang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Ada juga yang sampai mencecah jutaan ringgit. Tetapi tidak bagi saya sekiranya kita bijak dalam pengurusan kewangan. 


Saya telah merancang membuat rumah di tanah sendiri sejak TIGA tahun lepas. Dan Selepas setahun barulah saya dapat mendirikan tiang rumah untuk proses pembinaan. Kini 2018 barulah nampak terbinanya sebuah rumah impian keluarga saya. 


Tidaklah besar yang umpama banglo tetapi cukup membahagiakan keluarga saya, Tidak cantik umpama banglo mewah hanya cantik di mata keluarga saya. 



View From Front
Pembinaan rumah ini saya amanakan sepenuhnya kepada Bapa saya En. Augustine @ Patrick Tangi. Beliau lah yang menjadi arketik dan mengurus segala peralatan dan bahan rumah.


Proses paitung dinding

Rumah ini dibina sendiri oleh bapa saya dan dibantu oleh dalam kalangan ahli keluarga saya. Mereka ini dibayar gaji hari. Kebanyakan mereka berasa gembira kerana dapat peluang untuk bekerja untuk menamba pendapatan. Saya tidak pernah terfikir untuk mengambil pekerja luar, sedangkan ada dalam kalangan saudara mara saya juga mahir dalam bidang pembinaan. Saya lagi senang apabila modal yang saya laburkan balik kepada saudara saudara saya. Ini juga sebahagian dari sumbangan saya kepada mereka. 


Rumah ini  berkeluasan 25 kaki x 45 kaki. Saya bercadang untuk menambah bahagian tertentu di masa akan datang.



Dapur

Bilik 1 dalam proses meratakan paitung



Kamar mandi proses paitung

Ruang tamu, bilik 3 dan dapur

Perkarangan rumah, lori yang banyak berjasa kepada keluarga saya

Mama saya juga terlibat dalam pembinaan rumah saya

proses meratakan paitung bilik 1

Kawasan kuari Kg. Alab, Tempat bapa mengambil pasir

Perbelanjaan untuk pembinaan rumah ini belum dapat dipastikan kerana rumah masih dalam proses pembinaan. Rumah ini sudah siap dalam 95%. Walaubagaimanapun, rumah ini telah menelan belanja sebanyak 30k. Pastinya rumah ini bukan hasil daripada pinjaman atau KWSP, tatapi hasil dari gaji yang dperolehi. Perlukan kesebaran dan iltizam yang tinggi untuk menguruskan kewangan agar kita dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.





2 comments: