Baru baru ini gereja BCCM Sri Muda mengadakan outing sempena cuti tahun baru cina. Mereka merancang untuk pergi ke Pantai Acheh, Pulau Indah Klang.
Sebenarnya dalam perancangan awal, kami akan bermalam di resort Pantai Remis, tapi terhalang kerana semua resort penuh.
Sebenarnya pantai ini sangat bagus untuk aktiviti berkumpulan. banyak tempat lapang melakukan aktiviti. Hanya perlu sewa bola tampar RM 10.00 boleh main bola tampar pantai.
![]() |
bola tampar pantai |
antara lain aktiviti kami ialah BBQ. Tempat memangang kami sewa daripada pemaju pantai RM 30.00. Pengunjung hanya bawa arang saja. Tempat ini juga seringkali pengunjung mengambil kesempatan untuk memancing.
Sambil BBQ, kami juga mengadakan sukaneka seperti pecah belon, tiup tepung, belalai gajah, humban kaki.
Inilah belia kami, mereka sangat supporting dengan semua aktiviti yang dilaksanakan. Kebanyakan belia belum berkahwin. Saya dan seorang lagi kawan sudah berkahwin. Tapi tidak menghalang kami menyertai aktiviti ini.
Anak-anak juga ikut sama dangan ibu bapa. Tentu saja pengalaman ini akan tersemat dalam hati setiap belia. Saya menulis ini sebagai kenang-kenangan kepada aktiviti belia I/2018.
Tujuannya adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan dalam keluarga gereja BCCM Sri Muda. Ia dapat membentuk iman dan ketersediaan untuk terus melayani dalam gereja.
Semoga coretan ini dapat memberikan maklumat kepada pembaca. Ia juga memberikan pengalaman kepada pembaca sebelum merancang ke pantai Acheh.
Rakan-rakan sepalayanan dapat melihat ini sebagai kenangan, walaupun gambar sudah terpadam dalam gejet, tetapi nukilan ini akan terus tersemat dalam blog ini.
Tuhan Memberkati Anda
21 Feb 2018
Lukaman A