Hi, lama tidak update blog. Ada rajin sikit hari ini untuk kongsikan beberapa hal berkaitan dengan IV guru interim KV.
Saya menerima email daripada Kementerian Pelajaran seminggu sebelum temuduga.
Dalam masa seminggu saya melakukan persiapan. Sebelum ini saya ada pengalaman dalam temuduga guru Mara. jadi sagunakan pengalaman lalu untuk temuduga ini.
Kalau dikatakan tips untuk menghadapi IV ini. saya kurang berminat untuk ulas tetapi anda boleh melihat di beberapa blog yang menulis tentang tips. Ini kerana setiap IV yang berlaku tidak sama. maksudnya soalan0-soalan yang ditanya pun tidak sama. kerana soalan yang ditanya adalah berdasarkan keadaan semasa. Contohnya kami ditanya berkenaan dengan sunami yang berlaku di Palu Indonesia dan Apakah Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi bencana alam ini.
Secara umumnya, anda perlu bercakap secara jujur dan tidak terhenti-henti. Sentiasa yakin dengan kemampuan diri. Seboleh-bolehnya jual diri anda dengan kekuatan yang ada. Cuba kaitkan jawapan yang diberikan kepada kelebihan-kelebihan anda. Contohnya ketika ditanya latar belakang anda, anda perlu kaitkan dengan kebolehan dan skill anda terhadap kerjaya yang dipohon.
Kini saya masih menunggu keputusan untuk temuduga tempoh hari. Maka dengan itu, temuduga sudah 15 hari berlalu. Difahamkan keputusan IV akan keluar pada minggu pertama bulan November ini. Moga saya berjaya dalam IV tersebut. Doa kalian saya amat hargai.
Kepada mereka yang masih menungu IV, selamat berjaya untuk dipanggil temuduga. Jangan mudah untuk berputus asa. Saya selalu katakan bahawa kegagalan tidak bermakna anda akan jatuh, ia adalah asas untuk terus berjaya. Tiada kegagalan makan tiada kejayaan.
Siapa yang terlepas dengan coretan saya berkenaan dengan pengumpulan data graduan Sabah 2018, sila lihat dalam bolg saya. Dalam entry tersebut saya ada kongsikan bagaimana untuk menyediakan dokumen untuk diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Semoga bermanfaat.
Tuhan Memberkati anda
Entry Seterusnya, saya kongsikan berkenaan Diploma Pascasiswazah Pendidikan adalah laluan untuk menjadi Cikgu, dulu dikenali sebagai DPLI/KPLI