Sebelum ini saya ada menulis berkenaan dengan SSL. Penulisan saya memberikan sedikit maklumat berkenaan dengan SSL mengikut pengetahuan dan pengalaman saya.
Baiklah, siapa saja yang ingin membuat rayuan, pasti ada sudah mengisi permohonan untuk SSL ini. Namun mereka tidak berjaya dalam mengikuti program ini.
Ikut pengalaman lepas, saya telah merayu untuk mengikuti program ini dengan menulis surat rasmi kepada pihak yang menawarkan SSL. Sebelum menulis surat, pastikan anda telefon dahulu bahagian berkenaan. Biasanya mereka akan sambungkan anda dengan pegawai yang mgngurukan program ini.
Pegawai akan cakap "jika ada yang menolak barulah permohonan dibuka kepada orang lain". Tetapi nasihat saya, anda boleh berikan cadangan bahawa bolehkan anda menunlis surat untuk membuat rayuan. Biasanya kalau ada kekesongan atau calon menolak tawaran, mereka akan memilih dalam kalangan yang menulis surat.
Tapi kana ingat! jangan terlalu berharap nanti motivasi anda jatuh. Jadikan kegagalan untuk terus teguh dalam kehidupan.
Saya juga berdoa agar anda beroleh kehidupan yang lebih senang.