Perjalanan dari Shah Alam ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami bertolak pukul 6.30 pagi. Perjalanan lancar sehingga ke CH.
Saya memilih untuk ikut jalan Tapah sebab dapat singgah air terjun. sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah untuk mandi dan makan. Sangat cantik dan menarik pemandangan sini.
Photo semasa singgah di air terjun
Lepas makan dan mandi, kami teruskan perjalanan ke CH.
Di sini kami sempat melawat beberapa tempat. Strewbery di sini sangat murah jika dibandingkan dengan harga kedai.
Bagi saya, sekiranya membeli strewbery, labih untung sekiranya beli dalam satu besen daripada beli yang telah dipacking tu.