Wednesday, January 31, 2018

Guru Interim Pelbagai Opsyen 2018

Salam sejahtera,


Baru baru ini ada keluar tawaran iklan pengambilan guru interim di Negeri Sabah. Dikeluarkan pada 4 januari 2018 dan berakhir pada 12 januari 2018.

Saya mengambil peluang ini untuk menghantar dokument secara pos di JPN Sabah. Oleh kerana saya bekerja di semananjung, semua dokument saya sahkan di sini. Siapa yang biasa buat pegesahan mestilah tau cara dia. Mari saya ajar...

Pertama... Pastikan document yang original ada dan fotostet beberapa keping yang mau di kasih sah.

Kedua... Susun ducument itu mengikut susunan original dia.

ketiga... Semua pengenalan diri seperti IC dan surat beranak di sahkan di pejabat pendaftaran dan sijil akademik dan kokurikulum pula disahkan di Jabatan Pendidikan/Universiti/Sekolah.


Surat Iklan Pengambilan Guru Interim 2018
Kalau ikutkan kelayakan, saya layak untuk memohon walaupun saya bukan dari opsyen pendidikan. Dalam iklan ini pun ada tertulis "melantik guru interim pelbagai opsyen"

Ini merupakan syarat kelayakan untuk di lantik sebagai guru interim


Syarat yang ditetapkan juga bertepatan dengan bidang yang saya ambil di universiti dulu. Di universiti dulu saya ambil bidang Bahasa Melayu, jadi tiada masalah untuk memohon iklan ini.


Maklumat Tambahan untuk menjadi guru interim
Saya tertarik dengan pemohon yang belum ada iktisas  pendidikan dikehendaki mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) dengan PEMBIAYAAN SENDIRI. Bagi saya tiada masalah untuk mengikuti KDC ini sekiranya terpilih untuk menjadi guru Interim. Kenyataan ini juga menegaskan bahawa bukan sahaja mereka yang dalam pendidkan saja layak memohon tetapi terbuka kepada semua opsyen. Dan yang paling penting adalah memenuhi syarat asas tersebut.


Mari kita sama-sama berdoa mengikut kepercayaan masing-masing supaya diberikan rezeki memegang jawatan sebagai guru interim. Jangan pernah berputus asa dalam apa juga bidang yang kita pohon. Pasti Tuhan akan melihat dan menjawab doa kita. Gagal tidak semestinya pengakhiran bagi kita, tetapi ada sesuatu yang lebih baik daripada kegagalan kita. Teruskan berusaha...



Buat masa ini masih belum ada lagi keputusan atau kedengaran berkaitan dengan iklan ini. Menurut sumber yang diperkatakan dalam laman sosial 6 Feb 2018 merupakan fasa pertama panggilan temuduga. Tunggu dan lihat.