Thursday, November 16, 2017

Proses Kematangan Keluarga Saya

Hi, Shallom,


Sepanjang pengalaman saya sebagai seorang yang berkeluarga, banyak proses untuk kita matang dari hari ke hari yang kita lalui.

Bagaimana kita tau sama ada kita matang atau tidak dalam kekeluargaan? Bagi saya satu saja, kematangan kita dapat dilihat apabila kita menghadapi masalah dan macam mana kita kasih selesai masalah.

Selalunya masalah utama dalam keluarga ialah WANG. Kalau tiada wang macam mana mau hidup sebagai suami isteri dan anak-anak. Kita tidak mampu bergerak sendiri tanpa WANG. Tak kan masih tinggal dengan ibu bapa?

Jadi untuk menjana WANG, perlukan pekerjaan atau berniaga. Kenapa saya sebut HUTANG! hutanglah yang membuatkan kita pening kepala dan boleh kacau keluarga kita. Matang kah ini!?


Saya bermula dari gaji bawah RM 2000.00 dulu, Isteri saya juga kerja dengan pendepatan sekitar RM 1200.00 saja. Kami menumpang di sebuah flet dan berkongsi bayar sewa rumah dengan bapa saudra. maklumlah orang berkeluarga, kadang2 anak-anak buat karenah, kita jadi segan. Orang cakap tidak bebas bergerak. lalu  Saya menyewa disebuah rumah yang kecil, tapi selesa untuk keluarga kecil kami.

kira-kira dua bulan sebelum isteri saya melahirkan puteri kami, saya menyuru isteri berhenti kerja. Tanggungjawab saya sepenuhnya mencari rezeki keluarga. Sebagai ketua keluarga saya akan pastikan segalanya keperluan mencukupi.

Puteri kami, Angel Frecy Izznye, Sekarng dah umur 4 tahun


Setiap kali gaji saya akan pastikan saya dapat menyimpan. hasil dari simpanan saya, akhirnya saya dapat membuat rumah sendiri di kampung halaman. Dan kini rumah itu sedang dalam proses pembinaan.

Rumah dalam proses pembinaan 

Saya beruntung sebab tidak merokok. Cuba kamu tengo kiri dan kanan kamu semuanya handphon canggih canggih dan ada yang dua lagi handphon. Saya juga macam kalian, tapi saya pilih handphon yang paling murah dan canggih. hehehe. yang penting sistem laju sudah...

Jangan lupa pergi bundle atau orang Sabah bilang rombingan. Inilah tempat shoppingsaya selalu, murah dan berkualiti. Kecuai, kalau saya mau sangat barang itu, saya beli juga, tapi barang itu saya jaga kalau boleh saya tidak mau orang guna. bukan kedekut! kadang-kadang ada orang guna tidak pandai jaga elok elok. benda itu kan mahal... Katakanlah rosak, itu mambazir namanya. Bagi saya biarlah mahal sikit tapi berbaloi kita pakai lama.


Nah ada satu baju saya yang mahal, sampai sekarang baju itu elok, rasanya dalam 10 tahun lamanya baju tu. Cara penjagaan itu yang penting.


Kini saya ada dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Buat masa ni masih belum ada lagi perancangan mau ditmbah rakyat. Fokus kepada dua anugerah Tuhan ini dulu.


Anak Sulung kami, Frederick Ikbal, Ini gambar masa umur 5 tahun. Pemalu sikit dari adiknya 



Thursday, September 21, 2017

Gereja BCCM Sri Muda Shah Alam

Gereja BCCM Sri Muda Shah Alam.


Siapa disebalik gereja ini? Saya terpangil untuk menulis pelayanan di ini. Saya punya pengalaman dari gereja ini untuk meningkatkan IMAN saya kepada TUHAN. 


Saya mulai dengan pengelibatan dalam MAJLIS GEREJA dan dapat memahami bagaimana untuk menguruskan Gereja dalam pelbagai pelayanan. 

Perhubungan yang baik antara JEMAAT, GEMBALA SIDANG, dan MAJLIS GEREJA dapat memperkuatkan ikatan kekeluargaan kami dalam pelayanan gereja ini. Saya sangat diberkati apabila saya menyertai gereja ini pada penghujung 2015.

Jemaat BCCM Sri Muda


Saya yakin dangan IMAN sebagai umat Kristian, Gereja ini akan terus Meninggikan YESUS KRISTUS Sebagai Jalan Kesalamatan dan Hidup. Dengan itu, Gereja ini akan terus maju dalam pelayanan dengan sokongan DOA dan penyertaan BELIA dalam pelayanan Gereja ini.

Lawatan ke BIDOR PERAK


Saya yakin BELIA yang melibatkan diri dalam pelayanan Gereja punyai IMAN yang besar. Mereka ini adalah pilihan TUHAN. Walapun kami dalam komuniti yang kecil, tetapi dalam NAMA YESUS ada KEMANANGAN dalam jiwa-jiwa mereka.



Terima Kasih kepada Seluruh jemaat Gereja Sri Muda yang sentiasa ada dalam pelayanan dan sebagai komuniti yang dimenangkan TUHAN YESUS.

Pendeta Lisjon, Gemba Sidang BCCM Sri Muda




Monday, September 4, 2017

BCCM Sri Muda: Misi Lawatan Kampung Orang Asli Bidor Perak

Shallom,


BCCM Sri Muda telah merancang untuk program misi ke kampung orang asli beberapa bulan yang lepas, dan pada 31 ogus 2017 misi ini berjaya dilaksanakan.


Terima kasih kepada gembala sidang Pendeta Lisjon yang mengetuai rombongan ini, tidak dilupakan kepada majlis gereja dan belia yang bertungkus lumus menjayakan misi ini.



Turut serta dalam misi ini adalah jemaat gereja BCCM Bidor. Mereka bersama-sama dalam pelayanan ini untuk menghubungkan rombongan dengan orang asli.


Beberapa pelayanan yang telah dilaksanakan oleh rombongan misi iaitu Kebaktian, pimpin pujian, muzik, dan pelayanan sekolah minggu.


Pelayanan Sekolah minggu

Belia BCCM Sri Muda

Gambar Kenangan Hadapan Gereja Orang Asli Kg. Sekau

Belia BCCM Sri Muda

Ibu-ibu juga bersama-sama dalam misi ini

Mandi manda Air Terjun Kg. Sinta Orang Asli

Belia BCCM Sri Muda

Pendeta bersama Belia dan sekolah minggu


Tahniah...
Sampai kita jumpa lagi pada masa akan datang...

Tuhan Memberkati..

Wednesday, May 17, 2017

Pertandingan Bola Tampar Penduduk Kampung Kilo 17 May 2017

Kg. Kilo: Pertandingan bola tampar penduduk Kg. Kilo. Bersempena dengan pesta Tadau Kaamatan, penduduk kampung Kilo telah menganjurkan beberapa aktiviti selain daripada bola tampar.

Anjuran ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan penduduk.



Acara bola tampar ini dianjurkan secara campuran antara lelaki dan wanita yang bujang dan yang berkahwin.





Ada yang berkaki ayam, ada yang berselipar jipun, dan berkasut adidas kampung. Ini yang menaikan lagi semangat kesukanan mereka.


Sacara dasarnya, bukan melihat mereka menang dalam pertandingan tersebut, tetapi melihat kerjasama dan dapat mengeratkan tali persaudaraan mereka.

Dengan asas inilah kampung ini telah berkembang maju setapak lagi seeringan proses kemodanan yang berlaku di negara ini.






Thursday, April 13, 2017

INSTANT INTERBANK TRANSFER GIRO DAN INTERBANK FUND TRANSFER

Hi, Good Day

Hari ini saya nak kongsi apakah itu INSTANT INTERBANK TRANSFER dan GIRO INTERBANK FUND TRANSFER.


Kadang-kadang kita main blasah saja yang penting duit itu masuk ke akaun sebelah. Tapi adakah anda terfikir bahawa kedua dua ini mempunyai perbezaan dari segi CHARGE harga. Walaupun  kelihatan sedikit tetapi ia sudah cukup untuk memberi KEKAYAAN kepada pihak Bank.


INSTANT TRANSFER adalah pemindahan secara REAL TIME dan charge yang dikenakan ialah RM1.00. Maknanya kalau anda transfer masa ini, anda akan dapat duit itu masa yang sama.


INTERBANK GIRO pula adalah pemindahan yang mengambil masa sehari sekiranya pemindahan wang di lakukan selepas pukul 12.00 tengah hari. Sekiranya melakukan pemindahan wang sebelum pukul 12 tengah hari, wang akan masuk pada hari yang sama. CHARGE yang dikenakan ialah RM0.10 Sahaja.


Inilah jawapan daripada pihak Bank Harimau



Jika anda diberi pilihan yang mana satu anda akan gunakan?
Alasan yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakan perkhidmatan ini:


1. Sekiranya anda ingin menggunakan wang segera atau pihak penerima wang perlu gunakan wang dengan segera-PILIHAN INSTANT TRANSFER


2. Sekiranya anda tidak memerlukan wang dengan segera atau pihak penerima wang tidak memerlukan wang dengan segera- PILIHAN INTERBANK GIRO


3. Sekiranya jam belum menjejaki pukul 12 tengah hari semasa anda membuat transaksi pemindahan wang- PILIHAN INTERBANK GIRO


Tahniah! Anda pengguna yang BIJAK.







Wednesday, April 5, 2017

Jalan Kampung Era Moden Parlimen Pensiangan P182

Apa sudah jadi!

Terlalu banyak jalan raya masuk kampung yang masih belum diselangarakan dengan baik.


Peruntukan telah disediakan oleh wakil rakyat tapi pelaksanaan yang ambil kesempatan. Beninilah apa yang berlaku di kawasan Trans Pegalan kawasan Parlimen P182 Pensiangan atau Adun N37 Sook.



Keadaan jalan yang rosak 

Jalan masih tanah liat, sepatutnya jalan ini ditimbun batu. Dimanakah peruntukan itu?



Penduduk sedang mencangkul tahah liat untuk menimbun lubang dalam
Bagaimana untuk penduduk untuk maju ke arah yang labih baik kalau kemudahan asas pun keadaan yang tidak memuaskan.


Kerajaan telah merancang untuk TN50, bagaimana untuk mencapainya kalau kemudahan asas pun tidak baik. 


Kontraktor yang telah diamanakan untuk membaiki jalan ini pun hanya hangat-hangat tahi ayat. Mengapa tidak ambil tindakan terhadap kontraktor?


Rakyat bergotong royong untuk membaiki jalan.

Kita mengharapkan agar perlukan perubahan dalam sikap kebertanggungjawaban mereka yang diamanakan untuk projek kerajaan.


Wednesday, January 11, 2017

TMJ MAU TAU KE MANA HALA TUJU PELABURAN MARA

Siapakan Tan Sri yang TMJ maksudkan. 

Pengerusi Mara? 

Beberapa pendedahan yang dilakukan oleh TMJ melalui Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini telah menjelaskan isu UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016.

Drama bermula;





TAHNIAH KEPADA FAIZ SUBRI. TETAPI SAYA TIDAK MAHU MENGANGKAT BELIAU SETINGGI LANGIT SEPERTI MEDIA CETAK DAN MEDIA SOSIAL MALAYSIA. SAYA RELA DIBENCI KERANA MEMBERITAHU KEBENARAN DARIPADA DISAYANGI UNTUK BERKATA SESUATU YANG TIDAK BERFAKTA.

(BACA DENGAN TELITI DAN BUKAN HANYA TERUS BERKATA TANPA BERFIKIR DAHULU)

Pertama sekali saya bagi pihak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ingin mengucapkan tahniah kepada pencapaian Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas. Saya adalah orang pertama yang memberikan sumbangan ikhlas keatas pencapaian beliau sebagai Penaung Diraja PFAM sebulan yang lepas di Melaka. Saya juga orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau ketika memberi sumbangan tersebut. Ramai orang diluar sana yang bertanya kenapa laman rasmi JDT tidak mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri. Bagi saya, saya dan kelab saya tidak mahu tergolong dalam golongan mentaliti orang-orang Malaysia. Ini adalah pencapaian individu yang bagus tetapi dimanakah bolasepak tanahair sekarang ini dari segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan dalam negara berbanding dengan pasukan Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju? Jadi, apa yang perlu saya banggakan? Benar pencapaian Faiz Subri adalah bagus tetapi apabila FAM membuat kenyataan bahawa pencapaian tersebut adalah tanda aras baru bola sepak Malaysia, saya tidak setuju. Ini disebabkan kerana hanya satu gol sahaja dan orangnya hilang sepanjang musim. Media telah banyak menyebut tentang gol oleh Faiz Subri sejak 3 bulan terakhir sebelum majlis penganugerahan dan kini beliau telah memenanginya, tampak seperti mereka akan terus memperkatakan tentangnya untuk 6 bulan akan datang. Dalam tempoh 9 bulan ini, apakah akan terjadi kepada perkembangan bola sepak negara ini? Minta maaf, ini adalah fakta. Walaubagaimanapun tahniah atas pencapaian tersebut tetapi untuk bola sepak Malaysia dan media mengangkat beliau setinggi langit dan rasa selesa dengan kedudukan sekarang, itu adalah salah. Inilah sebab mengapa bola sepak Malaysia atau negara susah hendak maju dalam setiap aspek.

Saya mengatakan perkara yang benar tetapi anda semua memperkatakan perkara yang di dalam khayalan atau mimpi. Tanda aras baru dalam bola sepak tanahair adalah JDT. Pencapaian JDT melalui AFC, bagaimana dunia luar mengenali JDT dan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap projek yang kami lakukan serta pengurusan JDT yang profesional itulah yang sepatutnya menjadi tanda aras baru untuk bola sepak tanahair. JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti oleh semua pasukan dalam negara. Bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras. Saya lebih bangga memberi pengiktirafan kepada pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee Sali, Badrol Radzi, Indraputra, Khairul Fahmi dan Hairuddin Omar kerana mereka bukan sahaja menjaringkan gol setiap musim tetapi banyak mencapai kejayaan di dalam kelab dan memberi sumbangan kepada pasukan negara. Saya masih mengiktiraf pencapaian Faiz Subri tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan laman-laman media sosial serta rakyat Malaysia lakukan sekarang ini. Kerana sikap beginilah seseorang manusia itu berasa selesa dan cepat berpuas hati.

Bola sepak kita masih jauh ketinggalan, kedudukan dalam dunia juga masih berada di bawah. Tiada orang yang melakukan inisiantif untuk membangkitkan pengurusan bola sepak tanahair termasuk tahap liga kita. Pasukan yang masih berhutang sebanyak RM6.7 Juta masih boleh bertanding. Tiada apa yang boleh saya banggakan. Sepatutnya kita perlu berkerja keras untuk membersihkan segala korupsi dalam bolasepak Malaysia, sikap pilih kasih dan mempertingkatkan pengurusan dalam pasukan kebangsaan. Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanahair yang mana semua orang tahu dimana tahapnya sekarang ini.

Bola sepak adalah misteri. Kadang-kadang melakukan perkara yang betul boleh menjadi baik atau buruk. Anda boleh sama ada menang atau kalah. Pemain boleh menjaringkan gol dan mungkin juga tidak boleh. Anda boleh menjaringkan satu gol, memenangi Anugerah Puskas dan satu negara mengangkat anda tinggi, menjadi badut ahli politik kemungkinan mendapat gelaran Dato. Atau anda boleh menjadi pemain legenda seperti Amri Yahya, Safiq Rahim dan ramai lagi yang menjaringkan banyak gol setiap tahun untuk kelab ataupun pasukan kebangsaan, memenangi banyak piala dengan pelbagai pasukan, mencipta sejarah sebagai pemain yang memecahkan rekod memenangi kejuaraan liga untuk tiga tahun berturut turut, memenangi Piala AFC, tetapi negara tidak pandang anda atau mengiktiraf anda. Itulah bola sepak Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu bahawa kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran. Kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


Ditulis pada January 10, 2017 at 11:06am

Pantun ini pula di bidas oleh Tan Sri hari yang sama pada pukul 6:44pm;



Maklum balas TMJ pula menyusul sambil bergurau mempelawa Tan Sri membeli jersi baru JDT;



TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.

Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor









Masih Menunggu Jawapan Tan Sri. Harap-harap dalam masa dua tiga hari ni si Nuar ada masa untuk balas surat terbuka ni. 


Bersambung...